Khamis, 2 Jun 2011

LEPAT UBI KAYU


minggu lepas balik kampung suami,ibu mertuaku bekalkan ubi kayu...x tahu nak buat apa..fikir punya fikir...buat lepat ubi lah untuk menu petang selasa..


senang aje buatnya bukannya susah sangat pun...


bahan2nya


ubi kayu diparut
gula merah
daun pandan(takde pun takpe)
kelapa parut
daun pisang


carenya


campurkan ubi bersama dengan gula dan kelapa parut bungkus dalam daun pisang dan kukus selama setengah jam...
siap untuk dimasak untuk hidangan makan petang...

gula merah,gula digaulkan bersama dgn ubi yang telah diparutkan tadi...


APAM DOT...DOT

Bahan2

275gm - tepung gandum ~ ayak dengan baking powder
3biji - telur gred A
200gm - gula halus
150ml - susu segar / susu cair / susu sejat
3st - baking powder ~ ayak dengan tepung
1st - ovallete
1st - esen vanilla 
Filling / inti - ikut kesukaan masing2
Pewarna ikut kesukaan masing2

Cara2

1.Pukul telur + gula + ovallete sehingga gebu 
2.Masukkan tepung dan dan susu secara berselang seli sehingga habis...dan pukul pada kelajuan sederhana 
3.Masukkan esen vanilla
4.Bahagikan adunan ikut warna pilihan paling kurang pun 2 warna...
5.Tuang separuh adunan warna pilihan untuk dasar dan kemudian isikan filling / inti keatasnya 
6.Penuhkan adunan sehingga 3/4 dalam paper cup
7.Ambil adunan yg berlainan warna....masukkan dalam piping beg kemudian titikkan atau dot'kan adunan ke adunan dasar tadi...
8.Panaskan kukusan...air kukusan dah mendidih...kukus adunan dengan api sederhana dalam 10 - 15 minit
9.Siap kukus bolehlah dihidangkan.

Tips Tambahan

1.Kalau taknak letak filling pun boleh seperti yg saya buat
2.Boleh gunakan perasa selain vanilla seperti yg saya buat....koko dan vanilla
3.Cover penutup kukusan dengan lampin atau kain

***


 Comel dan gebu tak....??? fisrt time marrrrr




Selamat mencuba......