Rabu, 11 Mei 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG IMPIANKU: KUIH LOPES

SELAMAT DATANG KE BLOG IMPIANKU: KUIH-MUIH

pembuka selera hari ini tomyam campur dengan ikan kembong bakar daun pisang...




KUIH LOPES


hehehe...kuih lopes ni aku buat petang semalam...saja aje aku nak mencuba membuatnya allhamdulillah menjadi jugak...resepinya aku ambil dlm blog my friend rasinah...sedap jugak...

bahan-bahannya

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
1st air kapur
1/2st garam
beberapa titik perwarna merah...(tak letak pun sbb takde perwarna hijau...)
kelapa parut

air gulanya pula:

3 ketul gula melaka (saya guna seketul aje)
3sb gula
3 cwn air

cara-caranya:


  1.  beras di cuci dan direndam selama lebih kurang  3 jam,masukkan juga perwarna hijau (saya x masuk pun) dan jugak air kapur.kisarkan daun pandan bersama dgn 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.kemudian toskan pulut dan masukkan pulut kedlm periuk nasi lepas tu masukkan santan dan air daun pandan.masak selama 30 minit..
  2. setelah masak angkat dan alaskan bekas 4 segi dgn daun pandan (saya x letak pun) ambil pulut dan tekan dgn plastik atau daun pisang. biarkan sejuk.kemudian ikut bentuk yg disukai.kemudian golek dlm kelapa parut...
  3. semasa pulut dlm rice cooker bolehlah sementara tu buat air gulanya..masukkan semua bahan dlm periuk,bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak lekat bila dah sejuk bolehlah dimakan..
sesiapa yang ingin mencuba silakanlah..
SELAMAT MENCUBA....