Ahad, 27 Februari 2011

DAGING SALAI CICAH AIR ASAM UTARA

BAHAN-BAHANNYA

7 biji cili padi}dihiris kecil
30ml air asam jawa
2 biji tomato}dihiris nipis
1 biji bawang besar}dihiris
20gm belacan
20gm kerisik

CARA MEMASAK

  1. hiris nipis daging dan kemudian salai hingga masak. ketepikan
  2. gaul cili padi bersama tomato dan bawang besar rata.
  3. kemudian masukkan perahan air asam jawa bersama belacan dan kerisik
  4. gaulkan hingga sebati dan perasakan dgn garam dan gaul secukupnya
  5. hidangkan bersama daging salai yg siap di panggang

ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN-BAHANNYA

500gm ikan pari
4biji bawang merah}dimayang
1 batang serai}diketuk
10 tangkai cili kering}dikisar
2sm lengkuas}dikisar
20gm belacan}dikisar
1/4 sudu teh halba
2 helai daun limau purut
50ml air asam jawa
air secukupnya
garam secukupnya

CARA MEMASAK


  1. panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang merah,serai dan juga bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. kemudian masukkan halba bersama air dan jugak ikan pari.biarkan hingga kuahnya mendidih.
  3. tuangkan air asam jawa dan daun limau purut.
  4. perasakan dengan garamsecukup rasa dan biarkan mendidih.
  5. SEDIA UNTUK MENIKMATI.

MASAK LEMAK TELOR BELIMBING BULOH

BAHAN-BAHANNYA


5 biji telor itik
2sm kunyit hidup}dikisar
15 biji cili padi}dikisar
2sm lengkuas}dikisar
1 helai daun kunyit
2 batang serai}diketuk
10 biji belimbing buloh
1 biji kelapa}diambil santannya
garam secukupnya


CARA-CARANYA



  1. masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai, daun kunyit dan sedikit air kedalam kuali.
  2. kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  3. apabila mendidih,masukkan santan dan juga belimbing buloh
  4. biarkan seketika dan kemudian pecahkan telor itik kedalamnya satu persatu
  5. perasakan dengan garam secukupnyas dan angkat selepas kuah mendidih.
"SELAMAT MENCUBA"

SUP KEPALA IKAN

BAHAN-BAHAN


1 ketul ikan merah
700ml air
4 ulas bawang merah
2sm halia
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 batang serai
10gm daun ketunbar
1/2 sudu teh lada sulah
minyak bijan secukupnya
garam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. panaskan minyak dan tumis bawang putih,halia, serai,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah palaga hunga berbau wangi.
  2. masukkan daun ketumbar dan juga air,kemudian biarkan hingga kuahnya mendidih.
  3. masukkan kepala ikan bersama sedikit minyak bijan.
  4. perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  5. biarkan mendidih dan angkat.

RESEPI NI AKU AMBIL DARIPADA RESEPI MASAKAN "RASA" KLAU TERINGIN NAK MENCUBANYA BOLEHLAH CUBA...