Jumaat, 20 Mei 2011

IKAN KELI BERLADA

resepi ikan keli berlada ni aku ambil daripada resepi kak zue...smlm masak salai ikan keli,
oleh kerana ada balance ikan keli smlm,lagi pun kena perabiskan stok2 yang ada dlm freeze
aku cuba2lah tgok resepi kat blog k.zue..ternampaklah pulak resepi ikan keli berlada ni,nampak mcm menyelerakan,jadi aku pun mencubalah,sedap juga...

ini resepi-resepinya

ikan keli
1 cawan cili mesin (aku guna cili kering aje)
5 ulas bawang  putih
1 labu bawang besar
asam jawa
2tbsp cili sos

cara-caranya:

  1. goreng ikan keli hingga garing,biarkan minyak betul2 panas baru masukkan ikan keli dan tutup kuali sbb nanti ikan keli tu mercik.
  2. bawang besar dan bawang putih di tumbuk dan ditumis dgn sedikit minyak.tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan garing.
  3. pastu masukkan cili mesin tadi goreng hingga garing,bila dah garing masukkan daun kari,cili sos,asam jawa dan garam secukup rasa...
  4. dan akhir sekali barulah masukkan ikan.



inilah dianya menu tengahari kami sekeluarga hari ni..
simple aje...
untuk santapan suamiku dan juga anak-anak

Tiada ulasan: