Khamis, 12 Mei 2011

APAM GULA HANGUS


hari ni aku cuba buat apam gula hangus...akhir menjadi juga...
senang aje bahan-bahannya...semuanya ada didalam dapurku...

bahan-bahannya:

2 bili telor
1 cawan gula
1/2 minyak masak
2 sudu besar marjerin
2  sudu susu pekat 
1 sudu soda bikarbonat
11/2 cawan tepung gandum ayak dgn soda bikarbonat

Cara-caranya:
  1.  masakkan gula hingga keemasan (jadikan ianya gula hangus) selepas itu masukkan 1 cawan air(hati-hati air terpercik)kacau hingga sebati.
  2. putar telor,susu,minyak dan margerin pukul hingga adunan betul2 kembang dan putih.selepas itu masukkan gula hangus tadi,selepas itu masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi.
  3. bubuh dalam acuan pepercup hingga penuh.baru tersimpul gebu.(aku masuk dlm acuan seri ayu)
  4. panaskan kukus hingga airnya mendidih dan masukkan adunan,penutup kukus dibalut dgn kain supaya wapnya tak keluar.
  5. cukup 15 minit angkat.
SELAMAT MENCUBA....



Tiada ulasan: