Jumaat, 20 Mei 2011

IKAN KELI BERLADA

resepi ikan keli berlada ni aku ambil daripada resepi kak zue...smlm masak salai ikan keli,
oleh kerana ada balance ikan keli smlm,lagi pun kena perabiskan stok2 yang ada dlm freeze
aku cuba2lah tgok resepi kat blog k.zue..ternampaklah pulak resepi ikan keli berlada ni,nampak mcm menyelerakan,jadi aku pun mencubalah,sedap juga...

ini resepi-resepinya

ikan keli
1 cawan cili mesin (aku guna cili kering aje)
5 ulas bawang  putih
1 labu bawang besar
asam jawa
2tbsp cili sos

cara-caranya:

  1. goreng ikan keli hingga garing,biarkan minyak betul2 panas baru masukkan ikan keli dan tutup kuali sbb nanti ikan keli tu mercik.
  2. bawang besar dan bawang putih di tumbuk dan ditumis dgn sedikit minyak.tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan garing.
  3. pastu masukkan cili mesin tadi goreng hingga garing,bila dah garing masukkan daun kari,cili sos,asam jawa dan garam secukup rasa...
  4. dan akhir sekali barulah masukkan ikan.



inilah dianya menu tengahari kami sekeluarga hari ni..
simple aje...
untuk santapan suamiku dan juga anak-anak

Khamis, 19 Mei 2011

ikan keli salai lemak cili api


yum..yum..yum...menu tengahari ni simple-simple aje..
tapi menyelerakan....

KARIPAP PUSING


nyum...nyum...breakfast karipap pusing pagi ni...intinya ubi gentang...
semalam aku gi pasar malam dgn suamiku..dia ternampak ada ubi keledek
pastu dia bagitau kata aku..."boleh tak awak buatkan karipap pusing...sedap ni
pastu smlm aku buatkanlah untuk dia..walaupun semalam aku tak berapa nak sihat
tetapi demi keinginan suami yang tercinta aku buatkan jugalah...

hari ni suami aku bawa bekalan karipap pusing ni ke office....

Khamis, 12 Mei 2011

APAM GULA HANGUS


hari ni aku cuba buat apam gula hangus...akhir menjadi juga...
senang aje bahan-bahannya...semuanya ada didalam dapurku...

bahan-bahannya:

2 bili telor
1 cawan gula
1/2 minyak masak
2 sudu besar marjerin
2  sudu susu pekat 
1 sudu soda bikarbonat
11/2 cawan tepung gandum ayak dgn soda bikarbonat

Cara-caranya:
  1.  masakkan gula hingga keemasan (jadikan ianya gula hangus) selepas itu masukkan 1 cawan air(hati-hati air terpercik)kacau hingga sebati.
  2. putar telor,susu,minyak dan margerin pukul hingga adunan betul2 kembang dan putih.selepas itu masukkan gula hangus tadi,selepas itu masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi.
  3. bubuh dalam acuan pepercup hingga penuh.baru tersimpul gebu.(aku masuk dlm acuan seri ayu)
  4. panaskan kukus hingga airnya mendidih dan masukkan adunan,penutup kukus dibalut dgn kain supaya wapnya tak keluar.
  5. cukup 15 minit angkat.
SELAMAT MENCUBA....



Rabu, 11 Mei 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG IMPIANKU: KUIH LOPES

SELAMAT DATANG KE BLOG IMPIANKU: KUIH-MUIH

pembuka selera hari ini tomyam campur dengan ikan kembong bakar daun pisang...




KUIH LOPES


hehehe...kuih lopes ni aku buat petang semalam...saja aje aku nak mencuba membuatnya allhamdulillah menjadi jugak...resepinya aku ambil dlm blog my friend rasinah...sedap jugak...

bahan-bahannya

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
1st air kapur
1/2st garam
beberapa titik perwarna merah...(tak letak pun sbb takde perwarna hijau...)
kelapa parut

air gulanya pula:

3 ketul gula melaka (saya guna seketul aje)
3sb gula
3 cwn air

cara-caranya:


  1.  beras di cuci dan direndam selama lebih kurang  3 jam,masukkan juga perwarna hijau (saya x masuk pun) dan jugak air kapur.kisarkan daun pandan bersama dgn 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.kemudian toskan pulut dan masukkan pulut kedlm periuk nasi lepas tu masukkan santan dan air daun pandan.masak selama 30 minit..
  2. setelah masak angkat dan alaskan bekas 4 segi dgn daun pandan (saya x letak pun) ambil pulut dan tekan dgn plastik atau daun pisang. biarkan sejuk.kemudian ikut bentuk yg disukai.kemudian golek dlm kelapa parut...
  3. semasa pulut dlm rice cooker bolehlah sementara tu buat air gulanya..masukkan semua bahan dlm periuk,bila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak lekat bila dah sejuk bolehlah dimakan..
sesiapa yang ingin mencuba silakanlah..
SELAMAT MENCUBA....




Selasa, 10 Mei 2011

konvoi amal maybank

konvoi amal maybank ini diadakan adalah untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan yang amat memerlukan bantuan seperti anak-anak yatim,orang-orang susah dan juga ibu tinggal....

semoga konvoi amal ini diberkati allah s.w.t....

konvoi amal yang akan datang akan dadakan di negeri sembilan...













hanger tudung

sesiapa yg berminat bolehlah hubungi saya....

tart nenas


tart nenas 100%  buttercup,untuk tempahan sila hubungi saya di no: 019-2380493

MENU TENGAHARI INI



hi-tea concorde in hotel with my best friends and family's

 
                                                        my best friend Cikgu Liza
                                                         makan time,makan sampai kenyang
                                                         my husband


                                                              auni alfa,asyraaf irfan
                                                         anak-anakku,seronoknya...

Isnin, 9 Mei 2011

PERCUTIAN KE BANDUNG















kad hari ibu dari anakku aiman danial

kad hari ibu dari anakku aiman danial...rasa terharu pulak..tapi ini bukanlah kali pertama dia memberi kad hari ibu kepada mamanya...setiap tahun anak-anakku akan memberi kad hari ibu kepada mamanya..

terima kasih anakku..
mama sayang anak-anak mama..
mama doakan semoga anak-anak mama
berjaya didunia dan akhirat...
tiada apa yang mama dan papa harapkan
semoga anak-anak mama menjadi anak yang berguna
dan berjaya suatu hari ...

menu makan tgahari 09.05.2011



menu hari ni ikan siakap 3 rasa,kangkung goreng belacan dan ayam goreng berempah...
menu-menu hari ni adalah makanan kegemaran my hubby dan anak-anakku...
klau makan bertambah-tambah, seronok aku melihat mereka