Ahad, 27 Februari 2011

MASAK LEMAK TELOR BELIMBING BULOH

BAHAN-BAHANNYA


5 biji telor itik
2sm kunyit hidup}dikisar
15 biji cili padi}dikisar
2sm lengkuas}dikisar
1 helai daun kunyit
2 batang serai}diketuk
10 biji belimbing buloh
1 biji kelapa}diambil santannya
garam secukupnya


CARA-CARANYA



  1. masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai, daun kunyit dan sedikit air kedalam kuali.
  2. kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  3. apabila mendidih,masukkan santan dan juga belimbing buloh
  4. biarkan seketika dan kemudian pecahkan telor itik kedalamnya satu persatu
  5. perasakan dengan garam secukupnyas dan angkat selepas kuah mendidih.
"SELAMAT MENCUBA"

Tiada ulasan: